Nuffnang

19 Ogos 2010

8C Punca Suami Benci Isteri
















8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

11 Ogos 2010

Tips Melatih Anak-anak Berpuasa

Assalamualaikum Sahabat2 sekalian,
Sempena bulan Ramadhan yg hampir tiba,marilah kita sama mengambil langkah yg sewajarnya utk kita sama2 mendidik anak2 kite supaya belajar berpuasa.
Sebagai ibu bapa jadikanlah diri kita sebagai contoh dan teladan, bimbingan dan sokongan jitu utk membantu si kecil teruskan ibadat. Renung-renungkan dan selamat beramal…
MELATIH anak berpuasa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi menjadi tanggungjawab perlu dilaksanakan setiap ibu bapa. Bagaimana caranya? Ada pelbagai cara yang dicadangkan termasuk mendenda si kecil jika enggan berpuasa. Tetapi, wajarkah kanak-kanak dipaksa menahan lapar dan dahaga seharian pada usia sebegitu sedangkan mereka tidak memahami mengapa perlu berpuasa?
Hakikatnya bukan saja ibu bapa gembira menyambut kedatangan Ramadan, tetapi kanak-kanak juga menanti bulan yang penuh bermakna itu. Justeru, setiap ibu bapa digalakkan mendidik anak berpuasa dengan cara menyeronokkan dan bukannya dengan memaksa atau memukul mereka supaya berpuasa. Malah, bagi memudahkan kanak-kanak berpuasa sambil menghadapi pelbagai dugaan di persekitarannya, ibu bapa sendiri perlu menunjukkan teladan kepada anak mereka.
Beberapa ibu yang ditemui mengakui si kecil lebih mudah meneruskan ibadat berpuasa sepanjang Ramadan sekiranya ibu bapa sentiasa memberikan sokongan kepada mereka. Selain kata galakan, ada ibu bapa menjanjikan sesuatu yang berharga sebagai hadiah kecemerlangan jika anak mereka berjaya meneruskan puasanya.
Asma Ismail, 56, berkata lazimnya strategi itu diamalkan bagi membantu kanak-kanak yang pertama kali berpuasa kerana dengan menjanjikan sesuatu yang dikehendaki mungkin boleh memujuknya berpuasa pada bulan yang mulia ini.
“Anak perlu dididik berpuasa sedari kecil lagi dan berdasarkan pengalaman melatih lapan anak berpuasa pada Ramadan, saya akui banyak menguji kesabaran seorang ibu untuk melayan kerenah anak. Juadah berbuka puasa boleh menarik perhatian anak kecil berpuasa sepanjang hari pada bulan ini, apa tidaknya setelah seharian penat berpuasa mereka akan gembira jika dihidangkan dengan makanan kesukaan mereka,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, mengejutkan anak untuk bersahur juga dapat mendorongnya si kecil berpuasa sepanjang hari. Dengan melihat ibu bapa, abang atau kakaknya bersahur, akan timbul rasa seronok apabila dapat berkumpul serta makan bersama keluarganya, sekali gus dapat memupuk keyakinan untuk berpuasa pada hari berkenaan.
Pendapat Asma disokong Zarina Mohd Abdul Aziz, 39. Beliau mengakui anak kecil sukar untuk menahan lapar dahaga bagi jangka masa yang panjang, lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai dugaan di sekitarnya termasuk kehadiran adik yang masih kecil.
Sebaiknya, had umur terbaik bagi melatih kanak-kanak mula berpuasa ialah pada usia lima tahun. Tetapi, jika anda mempunyai seorang (atau lebih) anak yang lebih kecil, sudah tentu si adik tidak diwajibkan berpuasa. Ini boleh menyebabkan anak yang sedang dilatih itu terpengaruh apabila melihat adiknya makan atau minum.
Tetapi, Zarina berkata, berdasarkan pengalamannya cara memaksa si kecil berpuasa bukan cara terbaik melatih anak berpuasa kerana mereka akan melakukannya hanya kerana terpaksa dan bukan dengan rela hati, sekali gus menyukarkan mereka meneruskan amalan mulia itu pada masa akan datang.
“Cara terbaik ialah melatih anak berpuasa separuh hari dulu. Keesokan, panjangkan lagi waktu. Jika semalam berpuasa sehingga jam 12 tengah hari, hari ini 1 petang. begitulah seterusnya sehingga dia berjaya puasa penuh.
Ini dapat mengelakkan mereka daripada rasa dipaksa dan galakan boleh memberikan semangat kepada mereka serta menyemaikan rasa seronok berpuasa,”
katanya.
Emylia Ayob juga berpendapat anak kecil memerlukan masa bersama sepanjang bulan ini. Sebagai pengisian masa menunggu waktu untuk berbuka puasa, ibu perlu mendidiknya dengan menyemaikan contoh teladan yang baik dalam diri mereka.
“Anak yang masih kecil perlu disemai jiwanya dengan contoh teladan yang baik. Masa perlu dibahagikan untuk mereka dan sementara menunggu waktu berbuka puasa, biasanya saya akan membacakan mereka kisah atau cerita contoh teladan daripada anbia serta pedoman berkaitan ramadan agar mereka dapat menghayati erti sebenar berpuasa dan menunaikan ibadat pada bulan ini.
“Anak kecil sebenarnya mudah untuk dididik berpuasa. Sebaiknya sediakan pelbagai program untuk mereka lakukan bagi mengisi masa terluang supaya tidak begitu terasa masa berlalu,” katanya.
Paling penting, jangan lupa melatih anak niat berpuasa. Cara itu, secara tidak langsung akan sebahagian daripada melatih mereka berpuasa pada bulan yang mulia ini.
Bagaimanapun, paling utama yang sering dilupakan kebanyakan ibu bapa ialah kedatangan Ramadan adalah waktu terbaik untuk mendisiplinkan anak kerana berpuasa pada bulan ini banyak melatih anak bersabar dan berdisiplin.
FAKTA: Panduan melatih anak berpuasa
Berbuka bersama keluarga di rumah. Hidangkan makanan yang digemari anak anda. Ini menimbulkan keseronokan.
Selepas berbuka, amalkan niat berpuasa bersama keluarga. Anak kecil akan berasa lebih seronok.
Kejut anak anda untuk bersahur. Bangun pagi untuk menikmati makanan adalah sesuatu yang baru bagi kebanyakan kanak-kanak.
Jangan biarkan si kecil begitu aktif termasuk bermain kerana ini mungkin boleh memenatkan mereka.
Pastikan jika anda mempunyai anak kecil berusia empat tahun atau kurang, jangan biarkan mereka makan di hadapan anak yang sedang berpuasa.
Kurangkan menonton televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh ‘menggugat’ si kecil.
Latih sedikit demi sedikit. Jika hari pertama anak anda berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga 1 petang. Begitulah seterusnya sehingga anak anda berjaya puasa penuh.

09 Ogos 2010

Petua Untuk Kawan-kawan


 















Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busybody dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9.Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat tersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungandengan insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah dihati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat bagaimana besi yang dikaratkan oleh air. "Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"

Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah

Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]
Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. [2]
Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [4]
Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?
Wallahu’alam. Selamat mencuba,
Bahaya Mulut Celupar Di Dunia Dan Akhirat
 

06 Ogos 2010

Hari Keluarga Kastam 2010

























Wah seronoknyer anak2 warga kastam berebut gula2 termasuklah anakku yang berbaju coklat 2 hehehe....

04 Ogos 2010

Isteri vs Girlfriend pada pandangan Suami


  • Isteri macam TV, girlfriend macam handpone. Dirumah tengok TV. pergi ke luar bawa handphone.
  • Tak ada duit, jual TV. Ada duit, beli handphone baru
  • Kadang-kadang seronok tengok TV, tapi selalunya banyak masa habis main handphone
  • TV percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis line, talian akan ditamatkan serta-merta
  • TV saiz besar, berat dan dah buruk, tapi handphone cute, comel, ramping, banyak butang boleh picit dan boleh ke mana-mana, bila-bila masa saja
  • Kos penyelenggaraan TV murah aja, lagipun jarang rosak, tapi handphone, mak oii..mahalnya.Selalu meragam pulak tu
  • Yang sadisnya, TV ada remote control, tapi handphone tak ada
  • Cuma satu aja kelebihan TV, tak ada virus. Tapi handphone..sekali kena virus habislah..!!
  • Jadi jangan pening kepala, pilihlah TV anda.Kalau boleh yang plasmalah,yaa...
kuang kuang kuang