Nuffnang

25 Mei 2010

HiTea di Hotel M.S Garden


Sesi bergambar bersama rakan2 kerja di Hotel M.S Garden sempena majlis Hi Tea bagi sambutan hari ibu dari kiri Pn Ziela (ibu mengandungpun nak berposing jugak), Pn Zus n Pn Ezreen.

myspace graphics

24 Mei 2010

Majlis Hi Tea Pewakas Pahang

Inilah gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis Hi Tea pewakas pahang sempena Hari Ibu pada hari Jumaat 21hb Mei 2010.



myspace graphics

10 Mei 2010

Cara-cara memberi salam

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.


myspace graphics

Cerita balik kampung dan meraikan hari ibu

Minggu ni ari jumaat cuti lagi kerana hari hol pahang jadi aku ambik kesempatan untuk balik kampung untuk meraikan hari ibu bersama2 ibuku.Jadi selepas solat zohor aku berkemas2 untuk balik kampung bersama2 anak2ku. Aku tgk anak2ku begitu seronok dapat balik kampung jumpa atok diorang. Dari kuantan aku singgah di pam minyak shell indera mahkota untuk isi minyak selepas aku singgah sekejap di maidin kuantan kerana anakku yang sulung mengamuk nak selipar croc, dahlah kat bandar jem pulak 2.(Tension sangat). Selepas beli selipar croc aku terus on the way balik kampung lalu ikut jalan semambu.Dalam kul 4.30ptg aku selamat ke kampung. Alhamdulilah sampai jugak aku akhirnya. 2 hari setengah aku kat kampung mcm2 aku dapat buat. Hari sabtu pagi2 lagi aku kepasar beli barang2 masak untuk mkan tgari selepas balik dari aku bawa ibuku ke maidin pula untuk beli barang dapur n sempat jugak aku beli kek untuk ibuku sempena sambutan hari ibu. Sebenarnya aku,adik n kakakku nak buat surprise untuk ibuku.x sangka kali aku amat teruja sgt nak sambut hari ibu sebab selama ini aku x pernahpun meraikan hari ibu seperti ini. Selepas makan tghari aku bersama-sama adik n kakakku menjemputku meniup lilin sempena hari ibu. Ibuku terlalu sayu n menangis terus memeluk kami adik-beradik sampai ankku menangis jugak. Sungguh syahdu detik dan saat itu.Huhuhu........

myspace graphics

myspace graphics

05 Mei 2010

Sajak buat Ibu Tersayang

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….maaflah kerana saya tidak tahu siapa empunya yang menciptakan sajak yang menyentuh hati ini, saya copy dari grup penawarku menarik rasa insaf terutama sekali bila mengenangkan diri ini berjauhan dengan emak dan ayah yang sudah bergelar warga emas, kalau boleh mahu bersama mereka setiap saat tetapi apakan daya keadaan yang tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Doaku semoga mereka di panjangkan umur dan di limpahi rahmat dan kasih sayang Allah……


myspace graphics

myspace graphics